Monday, July 19, 2010

Door Gift Raya 2010

Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh kemulian & keberkatan. Bulan untuk kita memperbanyakkan ibadah & kebaikan termasuklah bersedekah. Tidak hairanlah kenapa bulan ini dipilih untuk memberi kepada yang memerlukan.
Ole Ole Nita membantu anda memudahkan pemberian itu dengan beberapa pilihan cenderahati sempena ramadhan. Tidak kiralah yang mengandungi kuih muih, kek, kurma, kekacang atau juadah lain.
Ramai juga yang membuat majlis berbuka puasa dan tercari-cari door gift yang sesuai untuk tetamu. Disini Ole Ole Nita memberikan anda beberapa pilihan dengan harga yang amat berpatutan.
Perlu diingat ini adalah contoh sahaja, semuanya boleh ditukar berdasarkan kreativiti anda sendiri. Harga juga mungkin berubah berdasarkan isi kandungan.

Bebunga (Rm 7)
Plastik bercorak dihiasi dengan riben, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini yang comel.

Keemasan (Rm 8)
Kotak keemasan, dihiasi dengan riben, 3 kuntum bunga, juga percuma kad raya mini.

Perak (Rm 9)
Dihiasi dengan riben, bunga, dibalut dengan kain net, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini.

Country (Rm 10)
Dihiasi dengan tali rafia, bunga, kain chic, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini.

Glass Hexagon Jar (Rm 10)
Kaca Hexagon dihiasi dengan riben, bunga, percuma kad raya mini.

Floral Tin (Rm 13)
Tin comel bercorak dihiasi dengan riben, bunga, ada pelbagai, percuma kad raya mini.

Wrap Box (Rm 15)
Kadbod keras dihiasi dengan riben, bunga, ada pelbagai warna, juga percuma kad raya mini.

Mengkuang Panjang (Rm 20)
Mengkuang, dihiasi dengan riben, bunga, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini. Sesuai untuk diisi kek.

Mengkuang Segi (Rm 20)
Juga dari mengkuang, dihiasi dengan riben, bunga, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini.


Plastic Cookies Container (Rm 25)
Dihiasi dengan riben, bunga, kain organza, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini.

Daisi (Rm 30)
Kotak berlaci yang boleh ditempah dengan pelbagai warna, boleh
dihiasi dengan riben atau bunga. Ada pelbagai warna, percuma stiker raya.
Sebuah pilihan yang simple dan mudah. Juga boleh diisi dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa, seperti kurma dan kuih muih.


Box With Drawer & Flower (Rm 35)
Sama seperti di atas tetapi kali ini dihiasi dengan riben dan bunga. Lebih mudah untuk dibawa kerana bertali. Ada pelbagai warna juga percuma kad raya mini.


Contoh yang tidak berhias bunga atau riben tetapi dengan Hot Stamping logo syarikat sahaja.


Boleh diisi dengan pelbagai juadah, bagi tempahan ini customer inginkan kuih muih dan kurma untuk majlis berbuka puasa.


Rama-rama (Rm 30)
Dihiasi dengan ukiran rama rama kayu, diperbuat daripada satin, ada pelbagai warna juga percuma stiker raya

Diperbuat daripada kotak keras. Mempunyai pelbagai saiz dan warna, lebih hebat dihias dengan kerawang steel. Percuma stiker raya.

Boleh juga diisi dengan kuih-muih atau kurma.

Mawar (Rm 35)
Sebuah tin berwarna putih, dihiasi dengan riben, bunga, uncang organza yang pelbagai warna juga percuma kad raya mini.
Rose (Rm 30)
Lebih tradisional. Sebual bakul comel, dihiasi dengan riben, bunga, ada pelbagai warna, percuma kad raya mini. Boleh diisi air mineral atau air kotak, disamping juadah yang lain. Terdapat dalam pelbagai warna dan saiz.

Orkid (Rm 35)
Macam dulu2. Kotak mengkuang dijalin indah dihias sejambak bunga orkid, disempurnakan dengan ikatan tali guni dan percuma kad raya mini.

1 comment:

  1. Salam sis, sy nak tanya box with drawer tu harga 1 box mmg rm35 ke? Kalau cth nak order dalam 100 boxes berapa harga paling murah boleh dapat ehh sis? Tq

    ReplyDelete